Sunday, May 31, 2009

Bismillahirrahmannirrahim...

Niat saya membuka blog ini adalah untuk berkongsi pelbagai artikel berunsur keagamaan yang telah saya terima sejak bertahun-tahun. Moga dengan perkongsian ini, adalah diharap dapat sedikit sebanyak memanfaatkan sesiapa yang singgah membaca.

Segala teguran amatlah dialukan dan sekiranya terdapat kesalahan di dalam mana-mana artikel, harap dimaklumkan untuk diperbetulkan.

InsyaAllah, semoga dengan perkongsian mesej-mesej dakwah serta tazkirah di blog ini dapat membimbing saya dan juga para pembaca kita menjadi muslimin dan muslimat yang senantiasa dikeberkati dan dilindungi Allah.

Ibnu Majah, at-Tirmidzi dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangkan pahala-pahala orang-orang yang mengikuti walaupun sedikit. Dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangkan dosa-dosa mereka sedikitpun”. (HR Shahih Sunan at-Tirmidzi 2/2154-2825/341)

No comments:

Post a Comment